Kebanyakan masyarakat sekarang sangat menggerungi perkataan 'TUA'. Sehinggakan ada diantaranya yang sanggup menyembunyikan umurnya yang sebenar bagi mengelakkan digelar sudah tua. Ramai sanggup berhabis beratus-ratus ringgit hanya untuk membuat rawatan agar kelihatan lebih muda. Tapi ramai yang tidak sedar masalah psikologi juga memainkan peranan penting kepada proses penuaan. Disini saya ingin kongsikan sedikit tip yang saya kutip dari buku ‘Membina Unggul Lelaki’ karangan Dr HM Tuah bagaimana untuk kelihatan lebih muda dan sihat.
Senyum Selalu
Senyum adalah booster kepada keremajaan dan kepemudaan. Senyum dan ketawa adalah senaman dalaman yang merangsang saraf termasuk saraf otak.
Usah lokek untuk senyum ataupun ketawa kerana senyuman anda mungkin akan membawa seribu kebahagiaan kepada siapa yang melihatnya. Apabila kena pada tempatnya, senyumlah kerana senyuman merupakan sedekah yang paling mudah. Tidak memerlukan harta kekayaan hanya sedikit pergerakan pada otot muka.
Senyum menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika megerutkan dahi. Maka, tidak hairanlah orang yang banyak mengerutkan dahi akan kelihatan cepat tua berbanding umurnya disebabkan lebih banyak otot yang bertindak berbanding senyum.
Kajian menunjukan, apabila kita tersenyum tubuh akan menghasilkan sejenis bahan kimia, endolphin dalam otak yang boleh mengurangkan kesakitan fizikal dan menjadikan kita lebih selesa dengan diri sendiri. Kajian juga menunjukan ketawa 100 kali dalam masa 24 jam dapat meningkatkan keupayaan jantung kita seperti kita melakukan senaman selama 10 minit. Ini terjadi kerana tekanan darah dan kadr dengupan jantung meningkat apabila kita ketawa.
Kanak-kanak lebih comel apabila tersenyum dan ketawa. Dikatakan ketika berumur antara empat hingga enam tahun, kanak-kanak boleh ketawa hingga 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari untuk orang dewasa. Jadi tidak hairanlah jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Berasa Bahagia
Senyum dan tawa selalu membawa kepada kebahagiaan. Jika tidak, usahakan juga bahagia meskipun kita tidak mampu untuk dek kerana terlalu terbeban dengan masalah. Orang yang penuh dengan stress alan lebih cepat murung dan kemurungan inilah yang akan merebak menjadi penyakit. Bahagia berkait rapat dengan ketenangan. Bangkitkan apa-apa sahaja asalkan kamu merasa bahagia dan senyumlah supaya kita mendapat kebaikan daripad apersekitaran.
Sifir bagi mengukur kebahagiaan amatlah mudah, dengan mempamerkan kebahagiaan kita akan dicop sebagai orang yang bahagia dan kebahagiaan akan cuba mendampingi kita. Contohnya apabila kita memberikan senyuman dan membuatkan seseorang ketawa kita akan memperoleh senyuman dan kebahagiaan daripadanya. Berbanding kita bermasam atau mempamerkan wajah marah, kita akan mendapat wajah yang serupa bahkan mungkin lebih buruk pula.
Aktif
Semakin aktif kita dalam kehidupan semakin kita akan kelihatan cergas. Kecergasan akan membawa rasa seronok dan ini akan berakhir dengan kebahagiaan. Dan apabila kita bahagia sudah semestinya kita akan mudah untuk ketawa dan tersenyum.
Senyum akan merendahkan tekanan darah, sekaligus membawa lebih banyak oksigen dalam darah dan merangsang penyembuhan penyakit. Apabila diselidik punca kepada penyakit jantung adalah tekanan emosi. Sebab itulah ramai daripada pengidap sakit jantung terdiri daripada mereka yang bergelar hartawan dan jutawan. Ketawa pula adalah senaman yang baik kerana ia melibatkan diafragma, abdomen, system penafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Sama ada kita sedar atau tidak, senyum dan ketawa dapat memberikan kelegaan. Maka, ia boleh dikatakan self-healing atau penyembuhan kendiri yang sangat diperlukan dalam proses mempercepatkan penyembuhan.



